1. Syarat Umum
1.1. Penyewa mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan mempunyai lesen memandu motosikal yang sah.
1.2. Penyewa diwajibkan menunjukkan Kad Pengenalan / Pasport dan Lesen Memandu CDL yang sah semasa urusan penyewaan.
1.3. Bayaran sewaan hendaklah dibuat sekurang-kurang mengikut jumlah deposit sebelum motosikal diserahkan.2. Tempoh Sewaan
2.1. Tempoh minimum sewaan adalah 1 hari3. Tanggungjawab Penyewa
3.1. Penyewa bertanggungjawab menjaga motosikal dengan baik sepanjang tempoh sewaan.
3.2. Penyewa tidak dibenarkan:
Menyerahkan motosikal kepada pihak ketiga tanpa kebenaran.
Mengubah suai atau menanggalkan sebarang bahagian motosikal.
- Menggunakan motosikal untuk aktiviti menyalahi undang-undang atau perlumbaan.
3.3. Sebarang saman trafik, kesalahan jalan raya, atau pelanggaran undang-undang adalah tanggungjawab penyewa sepenuhnya.
4. Kerosakan & Kemalangan
4.1. Sekiranya berlaku kerosakan atau kemalangan, penyewa wajib memaklumkan segera kepada pihak syarikat.
4.2. Penyewa bertanggungjawab menanggung kos kerosakan akibat kecuaian, kemalangan, atau penyalahgunaan motosikal.5. Cagaran / Deposit Keselamatan
5.1. Penyewa diwajibkan membayar deposit semasa urusan penyewaan.
5.2. Cagaran akan ditolak dari jumlah baki bayaran selepas motosikal dipulangkan dalam keadaan baik dan tiada saman atau kerosakan menurut perjanjian.6. Polisi Pembatalan
6.1. Sebarang bayaran deposit yang telah dibuat adalah tidak boleh dipulangkan kecuali dengan budi bicara pihak syarikat.7. Hak Syarikat
7.1. Syarikat berhak menolak permohonan sewaan tanpa memberi alasan.
7.2. Syarikat berhak menamatkan sewaan serta-merta sekiranya penyewa melanggar mana-mana syarat yang ditetapkan.
INGIN MENYEWA BERSAMA KAMI LAGI?